Visitor
free counters
Share |
Sponsor
July 2014
S M T W T F S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Ruang Sembang

PostHeaderIcon Pecah Sempadan Tanah

Definisi

  • Pecah sempadan tanah adalah bermaksud bahawa tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada 2 bahagian atau lebih, tiap-tiap satunya untuk dipegang oleh tuanpunya yang sama atau tuan punya –tuanpunya bersama yang sama di bawah hakmilik yang berasingan.

Permohonan Pecah Sempadan

Permohonan Kebenaran Merancang Kepada pusat serenti(OSC) Majlis Bandaraya / Pembandaran / Daerah (PBT)

  • -Borang Permohonan di isi Lengkap.

  • -Pelan Permohonan Kebenaran Merancang.

  • -Salinan Pelan Autocad dalam CD

  • -Salinan Pelan Akui.

  • -Salinan Geran Negeri/Mukim

  • -Surat Perlantikan Jurukur.

  • -Salinan resit Cukai Tanah.

  • -Bayaran proses permohonan.

OSC akan edarkan Pelan permohonan Kepada Jabatan-jabatan tertentu untuk mendapatkan ulasan mengenai Lot yang dipohon untuk dibuat pecah sempadan. Ini untuk memastikan pecahan lot selaras peracangan jabatan tersebut. Antara Jabatan-jabatan yang terlibat adalah:

Pelan permohonan perlu dipinda sekiranya terdapat percanggahan dari segi perancangan masa depan bagi sesuatu jabatan seperti:

  • -Susunatur Rizab Jalan, Peparitan, Tapak TNB, Tapak IWK dsb.

  • -Rizab Jalan, Peparitan yang tidak mengikut ketetapan.

  • -Susunatur Lot-lot pecahan tidak bersesuaian dengan rupabumi.

  • -Menyediakan Kawasan Lapang.

Permohonan juga memerlukan dokumen tambahan seperti kebenaran Laluan atau Hak lalulalang bagi lot-lot yang tiada rizab atau jalan ke lot berkenaan. Pelan yang dipinda hendaklah diedarkan kembali kepada PBT dan PBN untuk kelulusan. Tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan.

Kuasa Melulus

  • Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 135(2) KTN, jika ketiadaan apa-apa arahan berlawanan dari Pihak Berkuasa Negeri, kelulusan pecah sempadan adalah terletak pada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri untuk tanah di bawah Hakmilik Pejabat Pendaftar dan oleh Pentadbir Tanah (PT) untuk tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah.
  • Jika terdapat arahan yang berlawanan dari Pihak Berkuasa Negeri bermakna kelulusan pecah sempadan adalah oleh PBN sendiri atau wakilnya.

Nota : Pemungut Hasil Tanah (PHT) = Pentadbir Tanah (PT)

Permohonan Untuk Kelulusan

Permohonan secara bertulis oleh pemilik kepada Pentadbir Tanah menggunakan Borang 9A dan disertakan dengan :

  1. Bayaran tertentu yang ditetapkan

  2. Satu pelan pra-hitungan (pre-comp plan) yang menunjukkan butiran-butiran pembahagian kecil

  3. Satu salinan dari mana-mana kelulusan atau keizinan di bawah perenggan 13b(1)(c) KTN

  4. Keizinan bertulis dalam membuat permohonan seperti perenggan 13b(1)(e)

  5. Cari Rasmi Lot Berkenaan.

  6. Surat Perjanjian antara tuan Tanah & Jurukur.

  7. Resit Cukai Tanah tahunan telah dibayar.

  8. Salinan Geran Tanah berkenaan.

Syarat-syarat Kelulusan

Syarat-syarat untuk kelulusan pembahagian kecil tanah diperuntukkan di bawah seksyen 136(1) KTN :

  • Pembahagian kecil tidak menyalahi mana-mana sekatan.

  • Bahawa pembahagian kecil tidak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.

  • Kelulusan daripada Pihak Berkuasa Perancang.

  • Bahawa pembahagian kecil tidak bertentangan dengan sebarang pelan yang diluluskan oleh PBN bagi pembangunan kawasan di mana tanah itu berada.

  • Telah dipersetujui oleh mana-mana perbadanan atau pihak berkuasa yang ditentukan oleh PBN.

  • Tiada hasil tanah yang belum dijelaskan.

Tanah untuk kategori lain, pembahagian kecil tidak kurang dari luas minima yang sesuai dengan tujuan pembahagian kecil tanah yang dicadangkan. Suatu jalan masuk akan didapati dari setiap pembahagian tanah di mana terdapatnya jalan itu hasil daripada pecah bahagian di anggap diserah kepada PBN apabila didaftarkan hakmilik-hakmilik berasingan bagi bahagian-bahagian yang dipecah sempadan. Setelah memperolehi kelulusan dari Pejabat Tanah Daerah(PBN) perkara-perkara berikut perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan:

  • Bayaran untuk penyediaan Geran Kekal

  • Bayaran Untuk penyedian Geran Sementara

  • Bayaran penyediaan Pelan.

  • Bayaran Upah Ukur kepada Jurukur yang dilantik.

Bayaran upah ukur perlu didepositkan ke Lembaga Jurukur Tanah Malaysia(LJT) berserta perkara-perkara berikut:

  • Surat & Pelan Kelulusan Pejabat Tanah(PBN)

  • Salinan Surat Perlantikan.

  • Borang LJT 1 (Salinan 1 & 2).

Dengan pengunaan E-LJT pembayaran dibuat secara dalam talian. LJT akan mengeluarkan satu Sijil Akuan Pembayaran berserta dengan resit kepada Jurukur yang membuat pembayaran dalam tempoh tidak melebihi masa satu bulan. Sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (KTN), Akta 56/1965 seksyen 409A. Jurukur Berlesen akan menyediakan Pelan untuk penyediaan Geran Hak Milik Sementara HS(M) untuk didaftarkan oleh Pentadbir Tanah Dearah(PTD), Bagi tujuan pendaftaran Hakmilik Perkara-perkara berikut perlu diedarkan bersama iaitu:

  • -Pelan Untuk Penyedian HS(M).

  • -Salinan Pelan Pra-Hitungan.

  • -Surat Perjanjian Antara Tuan Tanah & Jurukur Berlesen (JBT)

  • -Sijil Akuan LJT

  • -Geran Hakmilik Asal Lot berkenaan.

  • -Surat Permohonan Pengeluaran HS(M)

  • -CD pelan berkenaan dalam Format Autocad.

Sebelum HS(M) dikeluarkan PTD akan memestikan kerja-kerja penandaan sempadan telah dijalankan. Apabila didaftarkan pembahagian kecil tanah, hakmilik yang sedia ada terhenti dari berkuatkuasa.

Penandaan Sempadan Pecahan.

Jurukur Berlesen akan membuat pengukuran halus berdasarkan kelulusan dari PTD dan mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan seperti Pekeliling Ketua Pengarah Ukur KPU 6/2009. Semua tanda akan ditandakan dengan tandaan yang dibenarkan oleh Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM). Seksyen 396 KTN  Akta 56/1965 memperuntukkan kerja-kerja telah dilaksanakan apabila sempadan-sempandan telah ditentukan di atas tanah tersebut. Keluasan diperolehi tidak melebihi 5% dari kelulusan PTD juga satu nombor lot baru dinyatakan dan mendapat kelulusan dari Pengarah Ukur.

Permohonan Not Lot

Permohonan Untuk mendapatkan Nombor boleh dibuat melalui jupem2u di laman web Jupem negeri disertakan perkara-perkara berikut:

  • Borang LJT-1
  • Pelan Kelulusan

  • Surat Kelulusan & Borang 9A

  • Pelan Pra-hitungan

  • Salinan Sijil Akuan LJT

  • Pelan Pra-Hitungan Ascii 3 fail.

  • Tarikh Ukuran.

Semua perkara-perkara di atas hendaklah dalam format digital.

Penyediaan Pelan Akui.

Kelulusan Pelan Akui.

3 Responses to “Pecah Sempadan Tanah”

  • sepul says:

    saya nak tanya..
    kalau tanah 0.287 acres, nak pecah kepada 2 bahagian iaitu 0.143 acres untuk satu bahagian, boleh ke x?
    terima kasih

  • mala says:

    lot yg pecah sempadan boleh apply loan perumahan kerajaan tak?

  • JAIRAH says:

    salam.. saya nak tanya sekarang nie saya sudah dapat surat kelulusan dari Lembaga Jurukur dan sudah membuat pembayaran pengukuran, jadi pertanyaan saya berapa lama lagi kah proses pecah geran saya dikeluarkan..Tq.

Leave a Reply

Translate
EnglishFrenchGermanItalianPortugueseRussianSpanish
Ads