Visitor
free counters
Share |
Sponsor
January 2011
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Ruang Sembang

Archive for January, 2011

PostHeaderIcon Autocad Ke Google Earth

Lokasi di Google Earth

Iaitu penukaran format dwg iaitu lukisan autocad kepada KML. Keadah mudah dengan menggunakan perisian MapinfoPprofessional ver 9.*(minima). Tujuan utama adalah untuk melihat persekitaran lokasi dengan lebih meluas bagi membuat peracangan yang bersuaian dengan keadaan Tapak.  Langkah-langkahnya adalah:

1.Sediakan Pelan Lokasi tersebut dengan menggunakan perisian Autocad. Pelan tersebut mestilah menggunakan koodinat yang sebenar samada Cassini atau R.S.O.  Gunakan keadah polyline tertutup.(Closed Polyline). Simpan(save) lukisan berkenaan.

2. Dengan menggunakan Universal Translator dalam perisian Mapinfo tukarkan Acad.Dwg Kepada Mapinfo.Tab. Semasa pertukaran format Acad.dwg ke Mapinfo.Tab perlulah pastikan projection(Sistem Koordinat) yang digunakan dalam (1) di atas iaitu Cassini atau R.S.O mestilah sama dengan MapInfo.Tab

Sekirannya Projection of Malaysian atau Cassini-Soldner Systems tidak terdapat selepas butang [Projection..] di klik. Perkara berikut perlu diperbetulkan terlebih dahulu.

1.Buka fail C:\Program Files\MapInfo\Professional\MAPINFOW.PRJ dan tambahkan teks di bawah kedalam  fail berkenaan dan simpan (Save).

“— Projections of Malaysia —”
“RSO East Malaysia”, 7, 96, 7, 115.0, 4.0, 53.3158204722, 0.99984, 2590476.872, 5442857.653
“RSO West Malaysia”, 7, 47, 7, 105.236442875, -0.0001719694, 323.130102389, 0.99984, 804671.29978, 0
“— Cassini-Soldner Systems —”
“Cassini-Soldner Johor”, 30, 47, 7, 103.5627583,2.0425,0,0
“Cassini-Soldner NS/Melaka”, 30, 47, 7, 101.9411667,2.712283333,-242.0048934,-948.546528
“Cassini-Soldner Pahang”, 30, 47, 7, 102.4361778,3.710972222,0,0
“Cassini-Soldner Selangor”, 30, 47, 7, 101.5082444,3.680344444,-21759.43848,55960.90576
“Cassini-Soldner Kelantan”, 30, 47, 7, 102.1772917,5.893922222,0,0
“Cassini-Soldner Terengganu”, 30, 47, 7, 102.8952083,4.946141667,0,0
“Cassini-Soldner Perak (Revised)”, 30, 47, 7, 100.8167667,4.859380556,0,133453.6688
“Cassini-Soldner Penang”, 30, 47, 7, 100.3458694,5.421325,0,0
“Cassini-Soldner Kedah/Perlis”, 30, 47, 7, 100.6375944,5.965147222,0,0
“Cassini-Soldner Singapore”, 30, 47, 7, 103.853, 1.287639, 30000, 30000

Jika segalanya selesai..Tekan [OK]. Penukaran Format Mapinfo.Tab Selesai.

Open Mapinfo.Tab yang tersebut.  Pilih menu Map->Option->Projection->Longitute/Latitude->pilih Longitude/Latitude->ok.

Run perisian Google Earth. Langkah seterusnya pindah data ke Google Earth->Map->Google Earth™Link->Export KML->Ok->Masukkan Nama Fail->Tandakan(tick)  Send to Google Earth Now->Ok. Google Earth secara automatic akan menunjukkan lokasi berkenaan. Sekiranya Google Earth tidak menunjukkan lokasi secara automatik open file *.Kml berkenaan melalui google earth.Google LinkLokasi yang akan ditunjukkan dalam Google Earth

PostHeaderIcon Deklinasi Matahari Jan 2011

Deklinasi jan2011

Deklinasi Januari 2011. Dengan perkembangan e-Kadaster dalam pengukuran hakmilik di mana kaedah cerapan diautomasikan ini bermakna kebanyakan kerja-kerja hitungan yang dulunya diproses di pejabat kini dapat dilakukan semasa pengukuran sedang dijalankan. Sehubungan dengan itu pihak Lembaga Jurukur Tanah tidak lagi membekalkan Almanak Ukur Malaysia bermula tahun ini(2011). Jurukur.Net telah menghitung deklinasi Jan 2011 dan boleh di muat turun untuk hitungan cerapan matahari. Sila lapurkan jika terdapat ralat-ralat hitungan jadual tersebut.

Download: Deklinasi Jan 2011 size: 49KB

PostHeaderIcon Kadar Harga Baru Jupem, PU.(A) 410

Akta Fi 1951 Pindaan

Akta Fi 1951 Tambahan No.133 Perundangan(A). Perintah Fi dan bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi-2010) telah diwartakan pada 14hb.Disember 2010. Melibatkan data ukur dan pemetaan” termasuk peta topografi, peta tematik, fotograf udara, data kadaster, data geodesi dan data ukur dan pemetaan yang lain sama ada dalam salinan keras atau bentuk digital, yang diterbitkan oleh Jabatan khasnya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri atau Wilayah(JUPEM).

Download: Akta Fi 1951 Pindaan Size: 1.14MbBookmark and Share

PostHeaderIcon Serah Balik Kurnia Semula

Serah Balik Kurnia Semula

Definisi

  • Satu lot atau lebih yang berdampingan yang dimiliki oleh tuan punya yang sama diserahbalik kepada PBN dengan syarat bahagian-bahagian tertentu diberimilik semula kepadanya dalam unit-unit yang berasingan.

Permohonan Untuk Kelulusan

  • Permohonan untuk penyerahan dan pemberimilikan semula dibuat di dalam Borang 12D dan disertakan dengan perkara-perkara berikut :
    • Bayaran yang ditetapkan :
      • Surat kebenaran daripada pemegang lien dan orang yang mempunyai tuntutan yang dilindungi oleh kaveat.
      • Pelan yang menunjukkan lot-lot yang hendak diserahbalik dan pelan pra-hitungan yang menunjukkan bahagian-bahagian dan unit-unit secara terperinci yang hendak diberimilik semula.
      • Salinan pelan tatatur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkenaan, berkaitan dengan bahagian-bahagian dan unit-unit yang hendak diberimilik semula.
      • Dokumen Hakmilik Keluaran (DHK)

Pihak Berkuasa Melulus

Pihak Berkuasa Melulus adalah Pihak Berkuasa Negeri setelah syarat-syarat kelulusan dipatuhi.

Syarat-syarat Kelulusan

  • Bahagian-bahagian dan unit-unit yang akan diberimilik semula hendaklah mengikut pelan tatatur yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, dari segi bentuk, keluasan, ukuran, lokasi dn kegunaannya.
  • Tiada hasil tanah terhutang.
  • Tanah tersebut tiada dalam tahanan (attachment) mana-mana mahkamah.
  • Tiada kepentingan berdaftar terhadap tanah tersebut.
  • Persetujuan bertulis daripada pemegang lien terhadap kesemua tanah atau bahagian daripadanya dan orang yang mempunyai tuntutan yang dilindungi oleh kaveat.

Jika permohonan diluluskan, Pentadbir Tanah boleh menentukan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemberimilikan di dalam seksyen 79(2) KTN terhadap tiap-tiap bahagian atau unit tanah yang akan dibermilik semula.

Proses Pemberitahuan Kepada Pemohon

  • Kelulusan dan syarat-syaratnya akan diberitahu kepada pemohon. Pemohon hendaklah memberitahu kepada PBN sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat berkenaan. Jika tidak bersetuju, beliau boleh merayu kepada PBN supaya menimbang semula syarat-syarat tersebut atau beliau juga boleh menarik balik permohonannya.
  • Jika dipersetujui oleh Pentadbir Tanah / Pendaftar akan membuat catatan perkembalian dan perletakan hak tanah itu kepada PBN di dalam dokumen hakmilik daftar dan dokumen hakmilik keluaran dimusnahkan.

Penentuan Tempoh Pegangan Unit Yang Diberimilik Semula

Tempoh pegangan bahagian atau unit yang hendak diberimilik semula iaitu :

  • Jika hakmilik asal adalah untuk selama-lamanya, maka tempoh pemberimilikan semula hendaklah juga untuk selama-lamanya
  • Jika hakmilik asal adalah pajakan, maka tempoh pemberimilikan semula hendaklah tidak kurang dari baki tempoh pajakan itu.

(Nota : Peruntukan-peruntukan mengenai pemberimilikan semula tanah hendaklah sama seperti pemberimilikan tanah kerajaan)Bookmark and Share

PostHeaderIcon Fee Ukuran Hakmilik

Sebagaimana Dalam Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 1959 memperuntukkan semua bayaran upah ukur mestilah di depositkan kepada Lembaga Jurukur Tanah dengan fee Ukur yang telah digariskan dala Pu.(A) 169/1997 Jadual Tigabelas(13). Fee ukuran bagi hakmilik bolehlah diringkaskan seperti contoh pengiraan dibawah. Cukai Perkhimatan 6% telah berkuatkuasa pada 1hb.Januari 2011.

Bayaran yang telah ditetapkan oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia.

a- Bayaran Asas RM 1,000.00
b- Bayaran Penyediaan Pelan Pre-comp. RM 350.00
c- Garis Ikatan Kegunaan Kediaman 250 2.00 /m RM 500.00
Garis Ikatan Kegunaan Perdaganan/Industri 250 2.50 /m RM 625.00
Table I (Untuk Pembangunan Bangunan)
d- Bayaran Mengikut Perumahan(kediaman)
1 lot @ 401 – 500 m2 1 X       RM 400.00 RM 400.00
1 lot @ 501 – 600 m2 1 X       RM 410.00 RM 410.00
Jumlah(d) 810.00
e- Bayaran Mengikut Perdagangan
1 lot @ 101 – 200 m2 1 X       RM 430.00 RM 430.00
1 lot @ 201 – 300 m2 1 X       RM 442.00 RM 442.00
Jumlah(e) 872.00
f- Bayaran Mengikut Perindustrian ( TNB/IWK/Tangki air )
1 lot @  < 2000 m2 1 X       RM 900.00 RM 900.00
1 lot @ 2001 – 2100 m2 1 X       RM 915.00 RM 915.00
Jumlah(f) 1,815.00
Table III (Kegunaan Pertanian)
g- Bayaran mengikut – pertanian (Pecah Bahagian & milikan Baru Sahaja)
Keluasan Asal Tanah < 5 hektar
1 lot 0 – 0.5 ha 1 X       RM 400.00 RM 400.00
1 lot 0.5 – 2.5 ha 1 X       RM 800.00 RM 800.00
1 lot 2.5 – 5.0 ha 1 X       RM 1,200.00 RM 1,200.00
Keluasan Asal Tanah > 5 hektar(Selain Dari Pecah Bahagia & Milikan Baru)
1 lot 0 – 0.5 ha 1 X       RM 740.00 RM 740.00
1 lot 0.5 – 2.5 ha 1 X       RM 1,660.00 RM 1,660.00
1 lot 2.5 – 5.0 ha 1 X       RM 2,350.00 RM 2,350.00
Jumlah(g) 7,150.00
h- Penyediaan Data Berformat Digital 20%
Drp. Jumlah   b+c+d+e+f+g           RM 11,497.00 RM 2,299.40
Jumlah(h) RM 26,068.40
i- 6 % Cukai Perkhidmatan daripada Jumlah (h) RM 26,068.40 RM 1,564.10
Jumlah   RM 27,632.50

Download: Peraturan Jurukur Berlesen 1959 pdf size: 1.33MB. Fee Ukur Hakmilik(Jadual 13) size: 133KBBookmark and Share

PostHeaderIcon Penyatuan Tanah

Definisi

  • Penyatuan tanah bermaksud bahawa dua lot tanah milik berdampingan atau yang dipegang oleh seorang tuan punya di bawah hakmilik-hakmilik berasingan adalah digabungkan menjadi satu dan dipegang olehnya menjadi satu hakmilik.
  • Lot-lot tidak boleh disatukan jika terletak di dalam bandar, pekan atau mukim yang sama atau jika terletak di dalam satu bandar atau pekan yang sama, lot-lot itu tidak boleh disatukan jika sekiranya sebahagian darinya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagian lagi dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah.
  • Mana-mana dua lot atau lebih dianggap berdampingan jika tiap-tiap satunya berkongsi sekurang-kurangnya satu sempadan yang sama dengan yang lainnya

Kuasa Melulus

  • Pentadbir Tanah jika lot-lot yang hendak digabungkan adalah dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah dan keluasan yang disatukan tidak melebihi 10 ekar.
  • Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) untuk kes-kes selain daripada di atas :
    • Jika hakmilik yang dipegang di bawah Pejabat Tanah tetapi keluasan selepas penyatuan tanah yang melebihi 10 ekar.
    • Jika lot-lot yang hendak disatukan sebahagiannya dipegang di bawah Pejabat Pendaftar dan sebahagiannya di bawah Pejabat Tanah.
    • Jika terdapat tiada persamaan di antara mana-mana lot yang hendak disatukan dalam perkara-perkara berikut (lihat seksyen 147(3) :
      • Tempoh lot-lot dipegang
      • Kadar cukai yang kena bayar
      • Jenis penggunaan tanah, syarat dan sekatan kepentingan yang berkaitan dengan lot-lot yang hendak disatukan.

Syarat-syarat Kelulusan

  • Menggunakan Borang 9C.
  • Lot-lot yang hendak digabungkan mesti dipunyai oleh orang yang sama.
  • Lot-lot tersebut mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu sempadan yang sepunya atau sempadan yang bersebelahan.
  • Lot-lot tersebut mesti dari jenis hakmilik yang sama seperti hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah.
  • Lot-lot tersebut mesti dari mukim yang sama .
  • Jumlah keluasan mesti tidak lebih daripada 10 ekar bagi geran mukim.
  • Jika lebih daipada 10 ekar mesti mendapat kelulusan Exco untuk menukarkan daripada hakmilik Pejabat Tanah kepada hakmilik Pejabat Pendaftar.
  • Umur hakmilik mestilah sama, jika tidak sama perlu dihantar semula kepada Pentadbir Tanah /Pendaftar untuk menentukan umur hakmilik dan syarat-syarat baru yang akan dikenakan.

PostHeaderIcon Buat Pelan, Autocad

Latihan 1.

Sebelum mulakan latihan 1, Sila Download TL.zip Size: 2Kb terlebih dahulu. Unzip di dalam folder yang bersesuian. Run Autocad program, untuk aktifkan 2 fail lisp yang telah didownload tadi gunakan arahan appload atau (command: ap). Cari dan pilih kedua-dua fail lisp itu. 

  • Command: TL  <enter>
  • Titik Mula:  -10000,10000 <enter>  {Masukkan Koordinat permulaan (x,y)} / klik pada point tertentu.
  • Bering:  12.1230 <enter> { Dalam Decimal point 12d12’30”}
  • Jarak: 20.112 <enter> {Jarak Dalam Unit Meter}

Seterusnya masukkan bering & Jarak sehingga tamat. Jika Bering yang sama dengan bering yang telah dimasukkan sebelumnya sila enter sahaja di arahan bering kemudian diikuti dengan jarak. Jarak mesti dimasukkan walaupun ianya sama dengan nilai yang telah dimasukkan sebelumnya. Untuk meneruskan lain-lain garisan atau lot taip semula arahan TL <enter>. Gunakan Osnap Endpoint/Center [Shift+klik butang Kiri Tertikus}.

Untuk jarak dalam link gunakan arahan : Link (berfungsi selepas Arahan TL digunakan). Keadah Radiasi juga boleh digunakan dalam lips ini dengan menggunakan arahan RL <enter>.

RL (Radiasi Line-Merah) bering dan jarak yang dimasukkan berdasarkan pada satu titik rujukan. Keadah memasukkan data adalah sama seperti  arahan yang digunakan dalam TL. Untuk menunjukkan bering dan jarak pada lukisan Lisp BED digunankan. Dengan memilih garisan yang perlu ditunjukkan bering dan jarak.  BED memerlukan size text untuk dipamirkan dalam lukisan.

Selamat mencuba.

PostHeaderIcon Ringkasan Fee Kejuruteraan 2001

Download Jadual Fee Kejuruteraan

Bookmark and Share

PostHeaderIcon Panduan Hakmilik Strata

Aktta Hakmilik Strata (Akta 318) sejak diwartakan telah beberapa kali dibuat pindaan untuk disesuikan dengan isu-isu semasa, Sehubungan dengan itu, bagi isu-isu yang melibatkan pindaan dan perubahan kepada peraturan ukur dan prosedur pecah bahagi bangunan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mengeluarkan Pekeliling KPUP 3/2006 bagi memperjelaskan isu-isu berkaitan.

Download: KPUP 3/2006 Size: 3.61MB
Bookmark and Share

Translate
EnglishFrenchGermanItalianPortugueseRussianSpanish
Ads