Visitor
free counters
Share |
Sponsor
October 2014
S M T W T F S
« Jan    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Ruang Sembang

PostHeaderIcon Deklinasi Matahari 2013

Deklinasi untuk Tahun 2013 boleh di muat turun secara percuma.

Download Now.

Jadual Deklinasi matahari 2013 ini mengikut masa antarabamgsa(UT) oleh itu bagi Negara kita Malaysia 8jam adalah perlu ditambah kepada waktu yang diberikan. Bagi selain waktu yang diberikan hitungan perlu dilakukan. Bersama ini dijelaskan secara ringkas bagi mendapatkan deklinasi pada masa yang diperlukan. Sebagai contoh waktu deklinasi yang diperlukan adalah 8.15 pagi waktu tempatan pada 17hb.Januari 2013. Berpadukan jadual yang diberikan adalah seperti berikut:

 

Di dalam jadual yang diberikan adalah -20d 44m 52s pada jam 0.00 waktu antarabangsa(UT). Di mana 8jam ditambah kepada  UT untuk memperolehi masa tempatan (M’sia).  Untuk mendapatkan deklinasi tepat pada jam 8.15(LST), ikuti langkah-langkah seperti berikut.  Di dalam jadual yang diberikan ∆” adalah perbezaan deklinasi sejam atau diperolehi secara lebih tepat dengan mengira dari (deklinasi Jam 0 – jam 6))/6jam. Dari perbezaan dalam satu jam ini dapatkan perbezaan bagi seminit.:

                -20d 44m 52s – (- 20d 41m 54s))/6 = -0d 00m 29.67s (ditunjukkan dalam jadual sebagai 30”)

Oleh itu untuk seminit:

                (-0d 00m 29.67s)/60s = -0d 00m 00.49s seminit.

Jadi untuk waktu 8.15pagi (LST) adalah:

Deklinasi 0j(U)T+ tambahan deklinasi 15minit.

= -20d 44m 52s + (-00.49s x 15)

= -20d 44m 52s +(- 0d 00m 07.35s)

= -20d 44m 44.7s

Semak pada jadual deklinasi setiap 5minit.

 

Untuk deklinasi bagi setiap 5 minit boleh dimuat turun di sini.

PostHeaderIcon Model dalam Moss

Re-post..

Download moss code

Model  dalam MOSS dikatogerikan mengikut perbezaan fizikal. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan string itu dilabel semula dengan kod kumpulan yang lain. Model ini dicipta untuk mengurangkan jumlah string dalam model seperti berikut:

1. GROUND Model(B, F, J, K, L, N, OB, P, R, T)
Bangunan, pagar, jalan, cerun, titik aras tanah , alur air, terowong dan sebagainya.

2. GROUND Text Model
Teks menganotasi jenis bangunan, nama sungai, nama jalan dan lain-lain

3.ROAD Furniture model
Semua titik yang mewakili ciri-ciri tiang tunggal boleh dibentuk oleh satu
string dan dipaparkan sebagai simbol (PS, PR, PD, PB, PJ, PK, PL, PU, PV, PX, PY, PX)
Semua titik yang mewakili setiap tiang boleh dibentuk oleh string tunggal dan dipaparkan sebagai garis (PC, PM, PN)

4. UTILITI model (elektrik, telekom, air & gas pembetungan)
- Pada gred – Manhole, kotak, injap dan lain-lain (PE, PT, PW, PG)
- Atas dari permukaan tanah (overhead) – Kabel Elektrik, talian telefon,Talian penghantaran, dan lain-lain (A)
- Di bawah tanah – Pipeline, Saluran, dan lain-lain Kabel (U)

5.Property Model (OB, OL, ATAU, * A * C * L)
- Lot, sempadan, teks keluasan, nombor lot dan sebagainya.

Download MOSS Genio code

PostHeaderIcon Deklinasi Matahari 2012

Sebelum ini link untuk download deklinasi bagi tahun ini telah di berikan dalam www.facebook.com/jurukurnet. Tetapi bagi memudahkan lagi carian bersama ini dimasukkan sekali lagi di sini. Harap kepada sesiapa yang mempunyai software seperti CPS dapat menyemak hitungan ini. Link untuk download seperti berikut:

Sila berikan komen sekiranya terdapat ralat dalam hitungan tersebut.

PostHeaderIcon Dalam Proses Pemulihan

Salam…Semua, Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan laman web ini tidak berjalan dengan lancar. Buat masa ini kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan dan didapati sebahagian besar post yang lalu tidak dapat diselamatkan manakala yang bakinya pun telah mengalami kerosakkan kepada linknya. Oleh itu terdapat gangguan apabila anda melayari laman ini..Sila Lawat Kembali..Haraf maaf,,,jurukur.net

PostHeaderIcon Gempa Bumi Di Jepun

Gempa bumi di Jepun setiap saat bermula 11-19hb.Mac.2011. Keseluruhan gempa dicatat tidak kurang dari 600 kali. Lihat masa dan tempat kejadian gempa di japan quake map.

PostHeaderIcon Kalkulator Deklinasi 2011

Download Kakkulator Deklinasi 2011 excel

Salam sejahtera.

Terima kasih di atas jadual deklinasi yang telah diletakkan di dalam blog. Saya telah menggunakannya sebagai panduan untuk mengira deklinasi pada tahun ini. Walau bagaimanapun, setelah mendapati saya agak lambat untuk mengira deklinasi secara interpolasi menggunakan jadual deklinasi tersebut, saya terpanggil untuk mereka kalkulator deklinasi yang saya attachkan di sini. Dengan menggunakan data pekali polinomial 2011 yang diperolehi dari website LJT, saya membuat pengiraan menggunakan Excel. Nilai yang diberikan oleh kalkulator deklinasi ini telah saya semak dengan nilai yang dinyatakan dalam jadual deklinasi saudara. Kelebihan menggunakan kalkulator ini ialah mudah, cepat, tiada interpolasi yang perlu dilakukan dan tidak terhad untuk UT = 0, 6, 12 & 18. Kekurangannya, ianya hanya terhad untuk tahun 2011 sahaja. Saya amat berbesar hati untuk berkongsi dengan saudara dan saudara boleh edarkannya kepada sesiapa sahaja. FOC.  Namun, sekiranya terdapat sebarang ralat ketika menggunakannya, sila maklumkan kepada saya.-Nurul Ashikin

Versi PDF deklinasi Mac 2011 juga boleh didapati. Download pdf Size 47.65KBBookmark and Share

PostHeaderIcon CDS Tutorial

Ebook tutorial CDS lengkap sebagai rujukan untuk kerja proses data-data ukur kejuruteraan dan pra-hitungan.

  • Data Butiran & Kontor
  • Keratan Rentas & Membujur
  • Kiraan Isipadu
  • Kongsep Rekabentuk

Download CDS Tutorial size: 3.81 MB

PostHeaderIcon Deklinasi Matahari Febuari 2011

Download pdf

Deklinasi Febuari 2011.

Formula untuk pengiraan deklinasi Feb adalah seperti berikut:

Dek=a0+a1x+a2x^2+a3x^3+a4x^4

Di mana:

x=d/32  (d=adalah jumlah hari dalam bulan Feb+perpuluhan bagi hari tersebut)

a0=-17.538   a1=8.8504  a2=2.6754  a3=-0.6803  a4=0.0376

contoh untuk mendapatkan d bagi hari ini 1hb.feb.2001 pada jam 13.30pm

d=1+(13+30/60)/24

Download pdf: Deklinasi Febuari 2011 Size:38.92 KB

PostHeaderIcon Autocad Ke Google Earth

Lokasi di Google Earth

Iaitu penukaran format dwg iaitu lukisan autocad kepada KML. Keadah mudah dengan menggunakan perisian MapinfoPprofessional ver 9.*(minima). Tujuan utama adalah untuk melihat persekitaran lokasi dengan lebih meluas bagi membuat peracangan yang bersuaian dengan keadaan Tapak.  Langkah-langkahnya adalah:

1.Sediakan Pelan Lokasi tersebut dengan menggunakan perisian Autocad. Pelan tersebut mestilah menggunakan koodinat yang sebenar samada Cassini atau R.S.O.  Gunakan keadah polyline tertutup.(Closed Polyline). Simpan(save) lukisan berkenaan.

2. Dengan menggunakan Universal Translator dalam perisian Mapinfo tukarkan Acad.Dwg Kepada Mapinfo.Tab. Semasa pertukaran format Acad.dwg ke Mapinfo.Tab perlulah pastikan projection(Sistem Koordinat) yang digunakan dalam (1) di atas iaitu Cassini atau R.S.O mestilah sama dengan MapInfo.Tab

Sekirannya Projection of Malaysian atau Cassini-Soldner Systems tidak terdapat selepas butang [Projection..] di klik. Perkara berikut perlu diperbetulkan terlebih dahulu.

1.Buka fail C:\Program Files\MapInfo\Professional\MAPINFOW.PRJ dan tambahkan teks di bawah kedalam  fail berkenaan dan simpan (Save).

“— Projections of Malaysia —”
“RSO East Malaysia”, 7, 96, 7, 115.0, 4.0, 53.3158204722, 0.99984, 2590476.872, 5442857.653
“RSO West Malaysia”, 7, 47, 7, 105.236442875, -0.0001719694, 323.130102389, 0.99984, 804671.29978, 0
“— Cassini-Soldner Systems —”
“Cassini-Soldner Johor”, 30, 47, 7, 103.5627583,2.0425,0,0
“Cassini-Soldner NS/Melaka”, 30, 47, 7, 101.9411667,2.712283333,-242.0048934,-948.546528
“Cassini-Soldner Pahang”, 30, 47, 7, 102.4361778,3.710972222,0,0
“Cassini-Soldner Selangor”, 30, 47, 7, 101.5082444,3.680344444,-21759.43848,55960.90576
“Cassini-Soldner Kelantan”, 30, 47, 7, 102.1772917,5.893922222,0,0
“Cassini-Soldner Terengganu”, 30, 47, 7, 102.8952083,4.946141667,0,0
“Cassini-Soldner Perak (Revised)”, 30, 47, 7, 100.8167667,4.859380556,0,133453.6688
“Cassini-Soldner Penang”, 30, 47, 7, 100.3458694,5.421325,0,0
“Cassini-Soldner Kedah/Perlis”, 30, 47, 7, 100.6375944,5.965147222,0,0
“Cassini-Soldner Singapore”, 30, 47, 7, 103.853, 1.287639, 30000, 30000

Jika segalanya selesai..Tekan [OK]. Penukaran Format Mapinfo.Tab Selesai.

Open Mapinfo.Tab yang tersebut.  Pilih menu Map->Option->Projection->Longitute/Latitude->pilih Longitude/Latitude->ok.

Run perisian Google Earth. Langkah seterusnya pindah data ke Google Earth->Map->Google Earth™Link->Export KML->Ok->Masukkan Nama Fail->Tandakan(tick)  Send to Google Earth Now->Ok. Google Earth secara automatic akan menunjukkan lokasi berkenaan. Sekiranya Google Earth tidak menunjukkan lokasi secara automatik open file *.Kml berkenaan melalui google earth.Google LinkLokasi yang akan ditunjukkan dalam Google Earth

PostHeaderIcon Deklinasi Matahari Jan 2011

Deklinasi jan2011

Deklinasi Januari 2011. Dengan perkembangan e-Kadaster dalam pengukuran hakmilik di mana kaedah cerapan diautomasikan ini bermakna kebanyakan kerja-kerja hitungan yang dulunya diproses di pejabat kini dapat dilakukan semasa pengukuran sedang dijalankan. Sehubungan dengan itu pihak Lembaga Jurukur Tanah tidak lagi membekalkan Almanak Ukur Malaysia bermula tahun ini(2011). Jurukur.Net telah menghitung deklinasi Jan 2011 dan boleh di muat turun untuk hitungan cerapan matahari. Sila lapurkan jika terdapat ralat-ralat hitungan jadual tersebut.

Download: Deklinasi Jan 2011 size: 49KB

Translate
EnglishFrenchGermanItalianPortugueseRussianSpanish
Ads